Makan gorengan pisang
minum jus epal
makan sosej dan gorengan kentang
minum teh tarik.

Dunia sekarang
sudah tertaut
Timur dan Barat
sudah berpaut.

Itu yang berlaku
di jiwa anak cucu
Tuah dan Jebat.

*P/S. Saya guna istilah “gorengan pisang” dan “gorengan kentang” sebab ada ahli bahasa yang marah jika guna bentuk ringkas lisan “goreng pisang” dan “goreng kentang”.

Oleh:

-Irwan Abu Bakar.
Kuala Lumpur, 19.01.2020.

TAMAT.