BIODATA

M.S.RINDU (MOHAMED SALLEH LAMRY)

M.S. Rindu atau nama sebenarnya Mohamed Salleh bin Lamry dilahirkan di Kampung Bukit
Kuching, Kuala Selangor pada 22 September 1942 daripada keluarga petani.
Setelah bersekolah rendah (sekolah Melayu) dari tahun 1949 hingga 1955, beliau terpilih
menjadi salah seorang guru pelatih pada awal tahun 1956, dan ditugaskan mengajar di Sekolah
Melayu Sijangkang, Kuala Langat. Pada tahun 1964, beliau bertukar ke Sekolah Melayu Parit
Baharu, Sabak Bernam dan bertugas di sekolah tersebut sehingga tahun 1971.
Pada awal tahun 1956 M.S.Rindu juga terpilih menjadi salah seorang pelajar Sekolah
Menengah Melayu angkatan pertama bersama-sama dengan orang-orang yang kemudiannya
menjadi tokoh terkenal seperti Prof. Sham Sani dan Prof.Abdul Samad Hadi (tokoh pendidikan)
dan Shamsudin Jaafar (penyajak). Akan tetapi, beliau menolak tawaran itu, dan memilih
menjadi guru pelatih atas kehendak keluarga.
Menyedari status dirinya yang rendah dan ada pula peluang untuk memajukan diri, mulai
tahun 1963, M.S. Rindu mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP, 1963), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM, 1964) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP, 1969, 1970) sebagai calon
persendirian dengan cara belajar sendiri.
Pada tahun 1971 M.S.Rindu diterima memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai
angkatan kedua dan menamatkan pengajiannya pada tahun 1975.
Pada tahun 1976 beliau memulakan kerjaya baru sebagai tutor di UKM. Beliau menjadi
pensyarah di Jabatan Antropologi dan Sosiologi UKM mulai tahun 1978 setelah mendapat
ijazah MA di universiti yang sama. Beliau bertugas di UKM sehingga tahun 2003 dengan
jawatan terakhir sebagai Prof.Madya.
Beliau mendapat ijazah Ph.D dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1989. Tesisnya yang
bertajuk “Politik Tempatan Di Pahang, Khususnya di Kampung Paya Jejawi” terpilih sebagai
tesis terbaik di UM pada tahun tersebut dan mendapat hadiah Longman. Apabila diterbitkan
sebagai buku oleh DBP dengan tajuk Paya Jejawi: Satu Kajian Antropologi Politik, buku itu
mendapat Hadiah Bahasa daripada Persatuan Linguistik Malaysia dan Public Bank pada tahun
1993.
M.S.Rindu mula menulis sajak, cerpen, novel picisan dan rencana mula awal tahun 1960-an.
Nama pena M.S.Rindu digunakannya untuk menulis sajak dan cerpen. Untuk menulis novel,
beliau menggunakan nama samara Mohamad S, manakala untuk menulis rencana pula beliau
menggunakan pelbagai nama samaran, antaranya Masrumi, Antasari, dan Dewa Kelana. Dua

2
buah novel yang sempat dihasilkannya ialah Dendam (1966) dan Cinta dan Takdir (1967). Akan
tetapi, beliau berhenti menulis karya kreatif setelah bertugas sebagai pensyarah.
Semasa bertugas sebagai pensyarah di UKM, M.S.Rindu lebih memberi tumpuan kepada
penulisan laporan penyelidikan, makalah dan buku ilmiah. Antara buku yang dihasilkannya
semasa bertugas sebagai pensyarah ialah:

  1. The Petty Traders in Medan, Indonesia ( Southeast Asian Studies Program, 1991),
  2. Paya Jejawi: Satu Kajian Antropologi Politik (DBP, 1992).
  3. Masyarakat dan Perubahan (Bersama Hasan Mat Nor), (Penerbit UKM, 1993)
    Setelah bersara dari UKM pada tahun 2003, beliau menumpukan kajian dan penulisan tentang
    gerakan dan tokoh kiri Melayu seperti berikut:
  4. Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan ( Penerbit UKM, 2006)
  5. Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan
    (SIRD, 2006).
  6. Abu Samah Mohd.Amin: Pejuang Kiri Kemerdekaan Zuriat Datuk Bahaman (SIRD,
    2008).
  7. Siti Norkiah Mahmud: Srikandi dari Pahang Utara (SIRD, 2011).
    Selain itu, beliau juga menghasilkan buku yang berikut:
  8. Memoir Mohamed Salleh Lamry: Guru Melayu Terakhir (Penerbit UKM, 2009).
  9. Biografi Ishak Shari: Pejuang Bumi Semua Manusia (Penerbit UKM, 2014).
  10. Hujan Emas Di Negeri Orang: Perantau Banjar dari Pajukungan, Kalimantan Selatan
    (MZ Edu, 2017).
  11. Dalam Arus Perubahan (Popular Kreatif Enterprise, 2017)
    Buku Biografi Ishak Shari mendapat Hadiah Perdana Sastera Malaysia (HPSM) bahagian
    biografi/autobiografi bagi tahun 2014.
    M.S.Rindu hanya menulis karya kreatif kembali mulai tahun 2016. Karyanya terutamanya
    sajak, dan sedikit cerpen dan laporan kembara, termuat dalam pelbagai antologi bersama,
    seperti berikut:
  12. Bagan Datoh Bandar Di tepi Muara (Karyawan Pk, 2016). Dua buah sajak.
  13. Bicara Langit Kepada Awan (IBH, 2016). 10 buah sajak.
  14. Semangat Hijrah Jiwa Merdeka (IBH, 2016). Lima buah sajak
  15. Peduli Hutan (Tuas Media, Banjarmasin, 2016). Sebuah sajak.
  16. Katil 21 (Pena Padu, 2017) Sebuah sajak

3

  1. Sekoia. Antologi Puisi Gaksa Vol. 1 (Gaksa Enterprises, 2017) 10 buah sajak.
  2. Soulmate (KTR Press, 2017). Sebuah cerpen.
  3. Valet Cinta ( KTR Press, 2017). Sebuah cerpen.
  4. Dua Dekad Dia Dizalimi (Institut Darul Ehsan, 2017). Sebuah sajak.
  5. Suara Kekasih Rindu (Pena Padu, 2017). Sebuah cerpen).
  6. Di Bawah Atmosfera Bumi (Jom Sastera, 2018). Lima buah sajak.
  7. Catatan Kembara (Tabir Alam, 2018). Sebuah catatan kembara.
  8. Senjakala:,Antologi Cerpen (Tabir Alam, 2018). Sebuah cerpen.
  9. A Skyful of Rain ( Tahura Media, Banjarmasin, 2018). Sebuah sajak.
  10. Epitaf Kota Hujan (Forum Pegiat Literasi, Padang Panjang, 2018). Sebuah sajak.
  11. When The Days Were Raining (Tahura Media, Banjarmasin, 2019) Sebuah sajak.
  12. Terima Kasih Tuhan Memerdekakan Negaraku (Nuha Creative Enterprise, 2019).
    Sebuah sajak.
  13. 2020 Adiwangsa (Tabir Alam, 2020). Tiga buah sajak.
    M.S.Rindu kini tinggal di Kajang, Selangor. Beliau boleh dihubungi melalui emel:
    ms.lamry @gmail.com atau wasap 012-9331545.

TAMAT.