Kim HM, nama pena bagi Amirul Hakim bin Rashuddin, berasal dari Johor Bahru, Johor. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Bugisiah Tampok, Benut. Seterusnya melanjutkan pengajian ke Maahad Johor, kemudian merupakan graduan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda al-Quran al-Sunnah dengan Komunikasi, di Kolej Univerisiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Kini berkhidmat sebagai Eksekutif Jualan dan merupakan penulis freelance.

Mula berkecimpung dalam penulisan kreatif kategori cerpen sejak tahun 2016. Pada tahun 2017, dua buah cerpen berjaya diterbit di dalam akhbar Sinar Harian pada bulan Februari (bertajuk “Yang Pertama dan Terakhir”) dan Mei (bertajuk “Setia Sang Kekasih”).

Manakala pada 2018, cerpen bertajuk “Talkin Buat Diriku” juga berjaya diterbit di dalam Majalah Solusi, isu 122.

Aktif menyertai beberapa aktiviti penulisan seperti Bengkel Penulisan Seram oleh penulis terkenal, Ismi Fa Ismail pada tahun 2016.

Seterusnya pernah menjalani Latihan Industri di Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Wilayah Selatan pada 2018 yang ketika itu bergiat aktif sebagai Ahli Jawatan Kuasa (AJK) di program Pelancaran Buku Apresiasi Sastera dan Komsas di Dewan utama Jabatan Pendidikan Negeri Johor, dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan.

Manakala pada tahun 2019 pula, pernah menyertai bengkel menulis dan Bengkel Menulis Cerpen oleh anak kepada sasterawan negara Tuan Syed Mohd Zakir (SM Zakir).

Seterusnya pada Februari 2020, telah hadir dan menyaksikan forum anjuran Dewan Bahasa Pustaka (DBP) Kuala Lumpur yang bertajuk “Drama Radio; Suara berkumandang, seni didendang” yang turut dihadiri oleh beberapa orang panel dan panelis jemputan, Beto Kushairy.

TAMAT.